Official Chat Room

Jumaat, 26 Mac 2010

SHBDR di St. Anthony Apin-Apin, Keningau


Shallom dan salam damai dalam nama Yesus Kristus,

Tahniah kepada mereka yang telah menghadiri SHBDR di St. Yohanis Senagang dan St Bernedette Binaong. Lebih kurang 170 peserta telah mengikuti SHBDR di St. Yohanis dan 114 peserta di SHBDR St. Bernedette Binaong. Kebanyakan peserta adalah terdiri daripada golongan belia dan hampir separuh daripadanya belum pernah menyertai seminar ini.

Kebanyakan yang hadir ke seminar ini merasakan diperbaharui dan disegarkan iman mereka kepada Yesus Kristus . Tahniah untuk mereka ini. Ohya, kepada mereka yang telah disegarkan iman mereka ini dan terbaca maklumat blog ini ataupun risalah mingguan KSFX sila rekomenkan rakan-rakan anda untuk menyertai seminar kami yang akan mendatang ini.

Sebagai kesinambungan Pelayanan Karismatik Katolik Katederal SFX, kami akan mengadakan satu lagi seminar SHBDR pada bulan April ini pada 09 - 11 / 04 / 2010 bertempat di gereja St. Anthony Apin-Apin. Jadual program adalah sama seperti SHBDR yang telah dijalankan sebelum ini dan saudara-saudari boleh melihat dalam posting saya yang lalu.

Untuk keterangan lanjut anda boleh berhubung dengan Sdri Susy Kodou di 013-5540157

Terima Kasih

Firman untuk direnungkan hari ini :-

Yer (Jer) 20:10-13
Maz (Ps) 18:2-7
Luk (Lk) 10:31-42