Official Chat Room

Rabu, 10 Februari 2010

Catholic Charismatic History





Program KIPKK Paroki KSFX (Updated)


Shallom dan Salam damai dalam nama Yesus Kristus,

Seperti yang saya katakan terdahulu Pelayanan Pembaharuan Karismatik Katolik Keuskupan Keningau di peringkat Paroki di kenali sebagai KIPKK (Kelompok Inti Pembaharuan Karismatik Katolik. Manakala di peringkat Keuskupan di sebut TPK4.

pada 17hb Januari 2010 yang lalu KIPKK KSFX telah menjalankan mesyuarat pertamanya untuk tahun 2010. Hasil daripada mesyuarat itu maka telah di rancangkan takwim bagi tahun 2010 seperti berikut :-

1. Rekoleksi KIPKK Paroki
a) Rekoleksi Awal Tahun
Sila rujuk kepada posting 23/02/2010

b) Rekoleksi Akhir Tahun - December 2010 (tarikh belum di tentukan)

2. Bengkel Kepimpinan

a) Bengkel Pengendalian Kelompok Doa - 24/04/ 2010
b) Bengkel Pujian dan Penyembahan - 31/07/ 2010
c) Bengkel Pembawa Renungan - 28/08/ 2010

3. Seminar Hidup Baru dalam Roh

01. St. Yohanis Senagang - 12 - 14 /03/ 2010
02. St. Bernadette Binaong - 12 - 14/03/ 2010
03. St. Anthony Apin-Apin 09 - 11 / 04 / 2010
04. KUK Bariawa Tengah - 16 - 18 / 04 / 2010
05. KUK Magatang 14 - 16 /05/ 2010
06. KUK Linsudan 28 - 30 / 05 /2010
07. KKD Kg. Keningau 11 - 13 / 06 / 2010
08. Katederal St.Francis Xavier Keningau - 25 - 27/ 06/ 2010
09. St. Joseph Minawo - September 2010
10. St. Paulus Toboh Baru - KIV

Nota : Perubahan mungkin akan berlaku terutama sekali kepada program yang belum diberikan tarikh khusus. oleh itu kepada umat yang inginkan maklumat lanjut boleh berhubung dengan pengerusi Sdra Jerome Jolly atau hantarkan pertanyaan anda melaui blog ini.

Semoga Tuhan Memberkati Kita Semua. Amen



Program TPK4


Berikut adalah takwim TPK4 yang telah dipersetujui dalam mesyuarat TPK4 yang telah di adakan pada 7hb Februari 2010 bertempat di KSFX.


1 St. Parick Membakut

SHBDR** TPK4 21-23/5/10
Retreat Penyembuhan Batin P. Karmel 19-21/11/10

2 Holy Spirit Sook

Bengkel Kelompok Doa KIPKK 27/2/10
SHBDR** TPK4 18-20/6/10
Retreat PPK ** P. Karmel 19-21/11/10

3 Bonda Maria Kemabung

SHBDR** TPK4 21-23/5/10

4 St. Anthony Tenom

Seminar Pertumbuhan Iman TPK4 24-26/6/10
SHBDR** TPK4 3-5/9/2010

5 St. Valentine Beaufort

SHBDR** TPK4 9-11/7/10

6 St. Yohanis Pembaptis Sepitang

SHBDR** TPK4 3-5/9/10

7 St. Peter Kuala Penyu

SHBDR** TPK4 18-20/6/10


Nota :

SHBDR** = Seminar Hidup Baru Dalam Roh
PPK** = Penyembuhan Pohon Keluarga

Seminar-Seminar dan retreat di Katederal St.Francis Xavier, Keningau(KSFX), St.Theresa Tambunan dan Holy Cross Toboh akan di kendalikan sendiri oleh KIPKK Paroki

Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan Pengerusi KIPKK Paroki anda di :-

1. Sdra Jerome Jolly (KSFX) 019-8617317
2. Sdra Davis (Holy Cross Toboh) 013-5462903
3. Sdra Alexsius (Beaufort) 019-8315811
4. Sdri Wanna (Sepitang) 013-870604
5. Sdri Rose G (Kuala Penyu) 019-8703146
6. Sdri Angelin (Tenom) 019-5325310
7. Sdra Gilbert O (Kemabung) 019-8119194
8. Sdri Lily Lajim (Membakut) 013-5422210
9. Sdra Fred J (Sook) 019-8012239
10.Sdra Lazarus (St.Theresa Tambunan) 013-5529165
11.Anda boleh juga mendaftar di blog ini dengan menyertakan nama, jenis seminar yang ingin disertai, tempat seminar dan no telepon ada untuk tindakan pihak TPK4.


Semoga Tuhan menyertai Tim Pelayanan Karismatik untuk menjayakan seminar dan retreat yang akan dilaksanakan. AMEN

Dari setiausaha TPK4





Pengenalan TPK4


PENDAHULUAN

Sahallom, dan salam damai dalam Nama Yesus kristus. Saya bagi pihak TPK4 bersukur kepada Tuhan kerana atas kasih Karunia yang dilimpahkannya maka TPK4 di keuskupan semakin berkembang sejak gerakan ini ditubuhkan pada tahun 70an. Sebagai kesinabungan pelayanan Karismatik Katolik maka pada mesyuarat TPK4 yang ke-3 pada 20hb December 2009, telah dipertsetujui oleh semua AJKT untuk mewujudkan blog TPK4. Tujuannya adalah untuk memudahkan penyebaran maklumat aktiviti TPK4 dan KIPKK di Keuskupan Keningau.

MAKLUMAT RINGKAS TPK4

Tim Pelayanan Karismatik Katolik Keuskupan Keningau (TPK4) merupakan satu badan kerasulan di Keuskupan Keningau. Diperingkat Paroki Gerakan ini dipanggil Kelompok Inti Pembaharuan Karismatik Katolik (KIPKK)

Pada dasarnya, AJKT TPK4 dipilih daripada kalangan pengerusi KIPKK atau ahli senior dalam pelayanan karismatik ini. Bagi sesi tahun 2009/2011 pengerusi TPK4 ialah Saudara Lius Yonolon. Beliau telah berkecimpung dalam pelayanan Karismatik Katolik ini sejak 1982 setelah diperbaharu ketika beliau menuntut di Universiti Bogor, Indonesia (Maklumat lengkap beliau akan di uplodkan pada artikel yang akan datang).

Berikut adalah Hairaki TPK4 Sesi 2009/2011 :-

Pembimbing Rohani : Bishop Datuk Cornerlius Piong
Penasihat : Mgsr Fr. Gilbert Engan
Penolong Penasihat : Sis Beatrise Nemesius
Pengerusi : Sdra Lius Yonolon
Penolong Pengerusi : Sdra Alexius Singgit
Setiausaha : Sdra George Jika Guka
Bendahari : Victor Saidi Ekang
Penolong Setiausaha : Lily Lajim
Ketua Penceramah : Julian Edryse
AJK : Semua Pengerusi KIPKK Paroki

TUJUAN GERAKAN PEMBAHARUAN KARISMATIK KATOLIK

Tujuan sebenar TPK4/KIPKK terbehagi kepada dua iaitu :-

1. TUJUAN JANGKA PANJANG : PEMBAHARUAN HIDUP KRISTIAN

a. Pembaharuan total hidup Kristian
b. Berkembang dari orang karismatik menjadi orang Kristian yang mengenal kuasa Roh Kudus
c. Berubah dari gerakan karismatik menjadi Pembaharuan Karismatik
d. Kesetiaan pada idintiti Katolik
e. Menuju kepada ekumenisme yang sihat, iaitu supaya semua gereja dapat bersatu dengan rukun.

2. TUJUAN JANGKA PENDEK : MENGHIDUPKAN PEMBAHARUAN KARISMATIK

a. Membentuk KIPKK dalam pelbagai peringkat. Misalnya peringkat KKD, KUK, ZON, Paroki dan Keuskupan
b. Membentuk KIPKK yang penuh dengan kuasa Roh Kudus

Untuk mencapai tujuan ini, terdapat emapat pelayanan utama kami iaitu :-

1. Perserkutuan Doa Kelompok
2. Pendalaman Alkitab
3. Pendalaman hidup Kristiani (Hidup dalam Roh)
4. Pelayanan yang berkarisma.

Antara pelayanan yang di kendalikan oleh TPK4/ KIPKK ialah :

1. Seminar Hidup Dalam Roh (SHBDR)
2. Seminar Pertumbuhan Iman
3. Seminar Kedewasaan Iman
4. Seminar Penyembuhan Batin
5. Seminar Pujian dan Penyembahan
6. Seminar Karunia-Karunia Allah
7. Pelayanan kaunseling, pelayanan doa outstasi, doa pengusiran & pembebasan
8. Pelayanan lain yang dibenarkan oleh pihak grejak Katolik.

PERANAN KELOMPOK DOA/ PERSEKUTUAN DOA DALAM PEMBAHARUAN KARISMATIK

KD merupakan jantung atau nafas Pembaharuan Karismatik. Tidak ada pembaharuan rohani tanpa doa, sebab setiap pembaharuan rohani itu ada sumbernya dan harus dipupuk dalam doa. dari ini, bolehlah dianggap tanpa Kelompok Doa maka bermakna KIPKK atau Pembaharuan Karismatik sebenarnya tidak ada di tempat itu. Dalam hal ini, adalah amat penting untuk mempunyai KD yang baik. KD haruslah mempunyai unsur-unsur yang boleh menyuburkan mempertumbuhkan rohani seseorang. Contoh KD yang baik ialah apabila ia mempunyai unsur doa, pujian, pengajaran dan kesaksian yang hidup, yang membangkitkan iman dan semestinya terdapat manifestasi karunia-karunia Roh Kudus.