Official Chat Room

Rabu, 10 Februari 2010

Pengenalan TPK4


PENDAHULUAN

Sahallom, dan salam damai dalam Nama Yesus kristus. Saya bagi pihak TPK4 bersukur kepada Tuhan kerana atas kasih Karunia yang dilimpahkannya maka TPK4 di keuskupan semakin berkembang sejak gerakan ini ditubuhkan pada tahun 70an. Sebagai kesinabungan pelayanan Karismatik Katolik maka pada mesyuarat TPK4 yang ke-3 pada 20hb December 2009, telah dipertsetujui oleh semua AJKT untuk mewujudkan blog TPK4. Tujuannya adalah untuk memudahkan penyebaran maklumat aktiviti TPK4 dan KIPKK di Keuskupan Keningau.

MAKLUMAT RINGKAS TPK4

Tim Pelayanan Karismatik Katolik Keuskupan Keningau (TPK4) merupakan satu badan kerasulan di Keuskupan Keningau. Diperingkat Paroki Gerakan ini dipanggil Kelompok Inti Pembaharuan Karismatik Katolik (KIPKK)

Pada dasarnya, AJKT TPK4 dipilih daripada kalangan pengerusi KIPKK atau ahli senior dalam pelayanan karismatik ini. Bagi sesi tahun 2009/2011 pengerusi TPK4 ialah Saudara Lius Yonolon. Beliau telah berkecimpung dalam pelayanan Karismatik Katolik ini sejak 1982 setelah diperbaharu ketika beliau menuntut di Universiti Bogor, Indonesia (Maklumat lengkap beliau akan di uplodkan pada artikel yang akan datang).

Berikut adalah Hairaki TPK4 Sesi 2009/2011 :-

Pembimbing Rohani : Bishop Datuk Cornerlius Piong
Penasihat : Mgsr Fr. Gilbert Engan
Penolong Penasihat : Sis Beatrise Nemesius
Pengerusi : Sdra Lius Yonolon
Penolong Pengerusi : Sdra Alexius Singgit
Setiausaha : Sdra George Jika Guka
Bendahari : Victor Saidi Ekang
Penolong Setiausaha : Lily Lajim
Ketua Penceramah : Julian Edryse
AJK : Semua Pengerusi KIPKK Paroki

TUJUAN GERAKAN PEMBAHARUAN KARISMATIK KATOLIK

Tujuan sebenar TPK4/KIPKK terbehagi kepada dua iaitu :-

1. TUJUAN JANGKA PANJANG : PEMBAHARUAN HIDUP KRISTIAN

a. Pembaharuan total hidup Kristian
b. Berkembang dari orang karismatik menjadi orang Kristian yang mengenal kuasa Roh Kudus
c. Berubah dari gerakan karismatik menjadi Pembaharuan Karismatik
d. Kesetiaan pada idintiti Katolik
e. Menuju kepada ekumenisme yang sihat, iaitu supaya semua gereja dapat bersatu dengan rukun.

2. TUJUAN JANGKA PENDEK : MENGHIDUPKAN PEMBAHARUAN KARISMATIK

a. Membentuk KIPKK dalam pelbagai peringkat. Misalnya peringkat KKD, KUK, ZON, Paroki dan Keuskupan
b. Membentuk KIPKK yang penuh dengan kuasa Roh Kudus

Untuk mencapai tujuan ini, terdapat emapat pelayanan utama kami iaitu :-

1. Perserkutuan Doa Kelompok
2. Pendalaman Alkitab
3. Pendalaman hidup Kristiani (Hidup dalam Roh)
4. Pelayanan yang berkarisma.

Antara pelayanan yang di kendalikan oleh TPK4/ KIPKK ialah :

1. Seminar Hidup Dalam Roh (SHBDR)
2. Seminar Pertumbuhan Iman
3. Seminar Kedewasaan Iman
4. Seminar Penyembuhan Batin
5. Seminar Pujian dan Penyembahan
6. Seminar Karunia-Karunia Allah
7. Pelayanan kaunseling, pelayanan doa outstasi, doa pengusiran & pembebasan
8. Pelayanan lain yang dibenarkan oleh pihak grejak Katolik.

PERANAN KELOMPOK DOA/ PERSEKUTUAN DOA DALAM PEMBAHARUAN KARISMATIK

KD merupakan jantung atau nafas Pembaharuan Karismatik. Tidak ada pembaharuan rohani tanpa doa, sebab setiap pembaharuan rohani itu ada sumbernya dan harus dipupuk dalam doa. dari ini, bolehlah dianggap tanpa Kelompok Doa maka bermakna KIPKK atau Pembaharuan Karismatik sebenarnya tidak ada di tempat itu. Dalam hal ini, adalah amat penting untuk mempunyai KD yang baik. KD haruslah mempunyai unsur-unsur yang boleh menyuburkan mempertumbuhkan rohani seseorang. Contoh KD yang baik ialah apabila ia mempunyai unsur doa, pujian, pengajaran dan kesaksian yang hidup, yang membangkitkan iman dan semestinya terdapat manifestasi karunia-karunia Roh Kudus.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan